Masa Tidak Menunggu Kita...

Pages

KHIDMAT BANTU PSS DAN ICT

KHIDMAT BANTU PSS DAN MAKMAL KOMPUTER SK CONVENT BUTTERWORTH 2011

Selesai sudah khidmat bantu yang telah dijalankan di SK Convent Butterworth. Khidmat bantu ini adalah bertujuan untuk menaiktaraf pusat sumber dan makmal komputer sekolah. Seramai 10 orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan 5 orang Juruteknik Komputer telah berkampung di sekolah tersebut bermula dari 23 Mei - 25 Mei 2011.

Pihak PKG Butterworth mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pegawai, juruteknik dan guru-guru yang terlibat menjayakan aktiviti ini. Tidak lupa juga kepada Puan Guru Besar SK Convent dan Guru Penolong Kanan kerana sudi menerima kehadiran kami ke sekolah tersebut.

KITA JUMPA SEMULA DI SMK BAGAN JAYA!!! TUNGGGUUUUUUU!!!!