Masa Tidak Menunggu Kita...

MBMMBI

Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

PELAN INDUK

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

VLE

Virtual Learning Environment | 1BestariNet

NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca

KAMPUS ASTRO

Bersama Komuniti Sekolah

Pages

Sunday 29 May 2011

KHIDMAT BANTU PSS DAN ICT

Khidmat Bantu PSS dan ICT yang kedua bakal diadakan di SMK Bagan Jaya pada 13 Jun hingga 16 Jun 2011. Seramai 10 orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan 5 orang Juruteknik Komputer PKG terdekat akan berkampung di sekolah tersebut bagi menjayakan aktiviti khidmat bantu ini.

JUMPA DI SANA....

HARAP MAKLUM
KHIDMAT BANTU PSS DAN ICT BAGI SMK BAGAN JAYA TERPAKSA DITANGGUHKAN KE SATU TARIKH YANG AKAN DITETAPKAN
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Wednesday 18 May 2011

PENGESANAN STATUS TALIAN SCHOOL BROADBAND SEKOLAH


Perhatian kepada sekolah-sekolah di bawah kawasan PKG Butterworth. 

Juruteknik PKG Butterworth, Encik Muhammad Noor bin Jakaria akan melawati sekolah masing-masing untuk mendapatkan maklumat pengesanan status talian School Broadband dan memohon agar pihak sekolah mengisi borang seperti di bawah. Borang tersebut akan diserahkan oleh juruteknik kami semasa pengesanan "ping" dibuat.

Sekian, terima kasih.

Thursday 12 May 2011

LAPORAN TERKINI KELANCARAN KEMASUKAN DATA i-NILAM TAHUN 2011 

SEHINGGA BULAN MEI 2011

Salam sejahtera,

Berikut adalah laporan terkini kemasukan data i-NILAM yang telah dijalankan oleh Guru-guru GPM sehingga bacaan terakhir bertarikh 11 Mei 2011.

Kepada sekolah yang masih belum memuat naik data SMM ke dalam sistem ini dan mempunyai masalah untuk menjalankan muat naik data SMM, sila hubungi Pn. Nor Mazrah binti Baharum di talian 04-3333499 untuk maklumat lanjut. Guru-guru juga boleh datang terus ke PKG Butterworth untuk mendapatkan khidmat bantu i_NILAM. 

Terima kasih.




Monday 9 May 2011

MAKLUMAN TARIKH PENARAFAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2011

Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh penarafan SSQS bagi tahun 2011 adalah seperti ketetapan berikut :

ZON UTARA/TIMUR
4 JULAI HINGGA 24 JULAI
Sila layari http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php

Sehubungan dengan itu, sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada En. Muhammad Noor bin Jakaria (FT17) di talian pejabat PKG Butterworth 04-3333499.

Sekian, terima kasih.


SIRI 1 : AKTIVITI PKG BUTTERWORTH

Salam 1Malaysia

PKG Butterworth akan menjalankan aktiviti KHIDMAT BANTU PSS DAN ICT untuk sekolah-sekolah yang telah terpilih bagi mendapat khidmat PKG bagi tahun 2011.

Sekolah-sekolah berikut ialah:
1. SK CONVENT BUTTERWORTH (23 MEI HINGGA 25 MEI 2011)
2. SMK BAGAN JAYA (13 JUN HINGGA 16 JUN 2011)

Pegawai-pegawai PKG sekitar PPD Tengah dan Utara akan menyertai khidmat bantu ini. Bersamalah kita menjayakannya.