Masa Tidak Menunggu Kita...

MBMMBI

Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

PELAN INDUK

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

VLE

Virtual Learning Environment | 1BestariNet

NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca

KAMPUS ASTRO

Bersama Komuniti Sekolah

Pages

Friday 1 April 2016

TATACARA PENYELESAIAN ISU KAMPUS ASTRO

CARA PALING CEPAT

1)      Sila hubungi talian 1300 82 0001 (nyatakan NO SMARTCARD sebagai rujukan)
2)      Bagi bantuan teknikal, cikgu perlu berada dihadapan dekoder Astro dan perlu menggunakan telefon bimbit bagi memudahkan proses setting dekoder tersebut.

Cadangan Utama: Tindakan paling cepat & pantas, bawa dekoder, adapter, remote dan Kad Pintar Astro ke Pusat Khidmat Pelanggan di Autocity Juru untuk update. (Percuma)



Berikut merupakan contoh penyelesaian bagi setiap masalah berkaitan Kampus Astro: 

1)      Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran:  Telefon 1300 82 0001 pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada dihadapan dekoder Astro.

2)      Dekoder rosak: Buat surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri Kad Pintar Astro  dan  Fax   kan  surat  tersebut  ke : 03-95437333 Untuk perhatian : Head of corporate responsibility department.

3)      Remote rosak: Buat surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri Kad Pintar Astro  dan  Fax   kan  surat  tersebut  ke : 03-95437333 Untuk perhatian : Head of corporate responsibility department.

4)      Kad Astro hilang: Buat surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, dan  Fax   kan  surat  tersebut  ke : 03-95437333 Untuk perhatian : Head of corporate responsibility department dan hubungi talian 1300 82 0001.
(CAJ AKAN DIKENAKAN UNTUK PENGGANTIAN KAD YANG HILANG)

5)      Mengalih piring ke bangunan baru: Buat surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri Kad Pintar Astro  dan  Fax   kan  surat  tersebut  ke : 03-95437333 Untuk perhatian : Head of corporate responsibility department dan hubungi talian 1300 82 0001.
CAJ SEBANYAK RM150.00 AKAN DIKENAKAN (Caj untuk tambahan kabel juga akan dikenakan jika ada pertambahan ) YANG DITANGGUNG OLEH PIHAK SEKOLAH.

6)      Bagi sekolah baru, sila fax  kan surat tersebut ke : 03-95437333 untuk permohonan kampus Astro dan hubungi talian 1300 82 0001
 
No. Tel Astro: 1300 82 0001
No. Faks Astro : 03-95437333
Emel : kampusastro@astro.com.my

Selepas 1 jam, sila berhubung semula kepada pihak ASTRO pada nombor khidmat pelanggan dan nyatakan nombor faks yang digunakan sekolah. Pihak Astro akan membuka aduan  dan akan memberikan nombor log aduan kepada pihak sekolah untuk rujukan semasa juruteknik datang untuk melakukan pemeriksaan.

** Semasa membuat panggilan, mohon pihak sekolah memastikan dahulu sebarang caj / bayaran yang akan dikenakan oleh Astro untuk sebarang perkhidmatan/ tindakan susulan.

** KAMPUS ASTRO ADALAH PERCUMA. Tiada bayaran bulanan yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah. Harap Maklum.


"Teknologi Untuk Pendidikan Bestari"