Masa Tidak Menunggu Kita...

MBMMBI

Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

PELAN INDUK

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

VLE

Virtual Learning Environment | 1BestariNet

NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca

KAMPUS ASTRO

Bersama Komuniti Sekolah

Pages

Sunday 20 September 2015

PENGGREDAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh Penggredan Pusat Sumber bagi tahun 2015 akan dijalankan bermula 28 September 2015 sehingga 24 Oktober 2015. Dua pegawai akan hadir bagi tujuan tersebut.

Sehubungan dengan itu, masih terdapat 5 sekolah yang belum menyelesaikan penarafan iQ-PSS. Mohon kerjasama GPM yang belum menyelesaikan penarafan iQ-PSS online mengambil tindakan segera. 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Khalid Alwalid Dziyauiddin b Md. Isahak (019-4171171) atau Cik Nur Hafiza bt Habib Rahman (017-9395576).

Terima Kasih.

Monday 5 January 2015

PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT 2015

Sukacitanya dimaklumkan, pihak BTPN Pulau Pinang sedang mengumpul maklumat dan data berkenaan perlaksanaan penyelenggaraan peralatan ICT bagi sekolah-sekolah Pulau Pinang bagi tahun 2015.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah adalah dipohon untuk mengisi aduan kerosakan peralatan ICT melalui aplikasi STS - http://sts.moe.edu.my sebelum atau pada 
30 JANUARI 2015.


Syarat dan panduan bagi peralatan ICT yang layak untuk diselenggara adalah :

a) Peralatan ICT seperti berikut :
i) Komputer Peribadi.
ii) Komputer Riba. ( Terhad 5 unit setiap sekolah )
iii) Server.
iv) Projektor LCD. ( Terhad 2 unit setiap sekolah )
v) Set Rangkaian.

b) Peralatan ICT yang telah didaftarkan sebagai aset kerajaan dan mempunyai nombor siri Daftar Harta Modal ( DHM ).

c) Peralatan ICT yang telah tamat tempoh jaminan.

d) Peralatan ICT yang tidak dikategorikan sebagai alat yang tidak wajar diselenggara 
( Beyond Economic Repair - BER ). Definisi untuk BER adalah kes-kes yang melibatkan kos pemulihan yang sama atau lebih dari 60% nilai kos peralatan gantian yang setara.

e) Peralatan ICT yang belum mendapat Sijil Hapus Kira.

f) Peralatan ICT yang dibekalkan pada tahun 2004 dan ke atas.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi PKG Butterworth
04-3333499
Terima Kasih