Masa Tidak Menunggu Kita...

MBMMBI

Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

PELAN INDUK

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

VLE

Virtual Learning Environment | 1BestariNet

NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca

KAMPUS ASTRO

Bersama Komuniti Sekolah

Pages

Monday, 14 April 2014

KUTIPAN DATA BERKAITAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN GRANT PER KAPITA (PCG) PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pihak PKG Butterworth ingin memaklumkan kepada semua sekolah ahli PKG Butterworth supaya segera mengisi data PCG yang telah diemelkan oleh BTPNPP ke sekolah. Data yang telah siap diisi boleh dikembalikan kepada PKG Butterworth di alamat emel pkg_butterworth@moe.gov.my .
Jika terdapat sebarang pertanyaan, pihak sekolah boleh menghubungi
PKG Butterworth di talian
04-3333499.
Terima Kasih.

Monday, 17 March 2014

GOOGLE CHROMEBOOK


Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat 11 sekolah telah terpilih di bawah kawasan PKG Butterworth untuk menerima Makmal Mudah Alih Chromebook. Sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut :


Setiap set makmal mudah alih ini terdiri daripada :-
  1. Chromebook (Wimax) Samsung
  2. Chromebook (Standard) Samsung
  3. Superzoom
  4. Cache Machine Peplink MediaFast 300
  5. HDMI Adaptor
  6. Chrome Cart
  7. Access point Engenius EAP600
  8. Cloud Printer HP Laserjet Pro 400
  9. Headset Ovlengs
  10. Metal Briefcase
  11. Linux OS CD
  12. Surge Protector Karldon
  13. Pek Dokumen Mobile Lab
  14. Wayar Extension

Tuesday, 15 October 2013

LATIHAN VLE

Sekitar Latihan VLE yang diadakan di PKG Telok Air Tawar gabungan antara PKG Butterworth dan PKG Telok Air Tawar yang telah diadakan pada 23-25 September 2013 (tiga hari).







Wednesday, 28 August 2013

BENGKEL PERLUASAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) PKG ZON UTARA

PKG Zon Utara telah menjalankan Bengkel Perluasan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) selama tiga(3) hari bermula 27 - 29 Ogos 2013 bertempat di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Paya Keladi. Pelbagai info berkaitan SPS telah diberikan kepada guru-guru yang berkenaan. Seramai 18 orang guru dari sekolah kawasan Butterworth telah terlibat.





Tuesday, 16 July 2013

PROMOSI RAKAM/SALIN

PKG Butterworth menyediakan perkhidmatan rakam salin kepada guru-guru kawasan PKG Butterworth secara percuma. Guru-guru boleh membawa CD / DVD / USB Drive / External HDD untuk disalin ke medium yang dipilih, contoh :-
  • Burn CD/DVD ke CD/DVD
  • Copy CD/DVD ke USB
  • Copy CD/DVD ke External HDD
  • Burn dari USB ke CD/DVD
  • Burn dari External HDD ke CD/DVD
Sila telefon pihak PKG untuk temujanji. Terima kasih.

Wednesday, 10 July 2013

e-TemP : SISTEM TEMPAHAN PANTAS PREMIS PKG

Sukacita dimaklumkan, PKG Daerah Utara telah berjaya membangunkan sistem tempahan premis PKG melalui atas talian (online). Sistem ini adalah hasil dari Kumpulan Inovatif dan Kreatif PKG Daerah Utara dan ia masih dalam peringkat ujian. Walaubagaimanapun, Tuan/Puan boleh mula mendaftar dan memohon premis yang ingin digunakan melalui sistem ini melalui URL : http://etemppkg.com/ . Terima kasih.


Antaramuka laman e-TemP

Monday, 8 July 2013

KHIDMAT BANTU ICT SABK MAKTAB WAN JAH

PKG Butterworth telah berjaya membuat Khidmat Bantu ICT di makmal komputer SABK Maktab Wan Jah pada 1 - 3 Julai 2013 yang lalu. Berikut adalah gambar-gambar semasa khidmat bantu dijalankan.