Masa Tidak Menunggu Kita...

MBMMBI

Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

PELAN INDUK

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

VLE

Virtual Learning Environment | 1BestariNet

NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca

KAMPUS ASTRO

Bersama Komuniti Sekolah

Pages

Wednesday, 20 January 2016

LDP PENGGUNAAN VLE DALAM PdP



Tarikh



16 JANUARI 2016

Tempat


MAKMAL KOMPUTER SK KEBUN SIREH

Penglibatan


Seramai 30 orang guru yang terlibat dalam program ini. Fasilitator merupakan Cik Nur Hafiza bt Habib Rahman , Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Butterworth.

Objektif

1.

2.

Membantu guru - guru agar dapat mengaplikasikan program VLE 1Bestarinet untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
Membimbing guru-guru menggunakan bahan bantu mengajar secara digital serta melahirkan guru yang kompetens dalam Teknologi Pendidikan.

Impak/
Refleksi /
Maklumbalas

1.

2.

Guru menunjukkan minat untuk mengaplikasi bahan bantu mengajar secara digital dalam PdP.
90% guru berjaya menghasilkan laman PdP yang baru.
 
 

Friday, 15 January 2016

MAKLUMAN KORPORAT

Adalah dimaklumkan bahawa En Khalid AlWalid Dziyauiddin bin Md Isahak@Ishak Pegawai Teknologi Pendidikan Gred DG32, di Pusat Kegiatan Guru Butterworth di bawah bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang ditukarkan secara setara sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Tasek Gelugor, jawatan hakiki Gred DG32.

Tarikh berkuatkuasanya pertukaran ini adalah pada 01 Januari 2016.

Warga staf PKG Butterworth merakamkan jutaan terima kasih untuk perkhidmatan dan jasa En. Khalid sepanjang berkhidmat di PKG Butterworth.

Sunday, 20 September 2015

PENGGREDAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh Penggredan Pusat Sumber bagi tahun 2015 akan dijalankan bermula 28 September 2015 sehingga 24 Oktober 2015. Dua pegawai akan hadir bagi tujuan tersebut.

Sehubungan dengan itu, masih terdapat 5 sekolah yang belum menyelesaikan penarafan iQ-PSS. Mohon kerjasama GPM yang belum menyelesaikan penarafan iQ-PSS online mengambil tindakan segera. 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Khalid Alwalid Dziyauiddin b Md. Isahak (019-4171171) atau Cik Nur Hafiza bt Habib Rahman (017-9395576).

Terima Kasih.

Monday, 5 January 2015

PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT 2015

Sukacitanya dimaklumkan, pihak BTPN Pulau Pinang sedang mengumpul maklumat dan data berkenaan perlaksanaan penyelenggaraan peralatan ICT bagi sekolah-sekolah Pulau Pinang bagi tahun 2015.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah adalah dipohon untuk mengisi aduan kerosakan peralatan ICT melalui aplikasi STS - http://sts.moe.edu.my sebelum atau pada 
30 JANUARI 2015.


Syarat dan panduan bagi peralatan ICT yang layak untuk diselenggara adalah :

a) Peralatan ICT seperti berikut :
i) Komputer Peribadi.
ii) Komputer Riba. ( Terhad 5 unit setiap sekolah )
iii) Server.
iv) Projektor LCD. ( Terhad 2 unit setiap sekolah )
v) Set Rangkaian.

b) Peralatan ICT yang telah didaftarkan sebagai aset kerajaan dan mempunyai nombor siri Daftar Harta Modal ( DHM ).

c) Peralatan ICT yang telah tamat tempoh jaminan.

d) Peralatan ICT yang tidak dikategorikan sebagai alat yang tidak wajar diselenggara 
( Beyond Economic Repair - BER ). Definisi untuk BER adalah kes-kes yang melibatkan kos pemulihan yang sama atau lebih dari 60% nilai kos peralatan gantian yang setara.

e) Peralatan ICT yang belum mendapat Sijil Hapus Kira.

f) Peralatan ICT yang dibekalkan pada tahun 2004 dan ke atas.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi PKG Butterworth
04-3333499
Terima Kasih

Tuesday, 23 December 2014

BENGKEL PENGURUSAN BLOG

Bengkel ini telah dianjurkan oleh PKG Tasek Gelugor melibatkan Pembantu Tadbir PKG Daerah Utara.  Bengkel ini telah dijalankan di PKG Tasek Gelugor bermula 22 Disember 2014 hingga 24 Disember 2014.

Gambar ketika bengkel sedang dijalankan

Monday, 22 December 2014

Waktu Mengajar GPM

Thursday, 18 September 2014

GARIS PANDUAN PENUKARAN KATA LALUAN YES DONGLE ID

Untuk makluman tuan/puan, garis panduan penukaran kata laluan YES Dongle ID telah diedarkan melalui surat kepada semua JPN dan salinan kepada BTPN dengan no. rujukan KP(BTP-PENT)S/8800/50/25-10 Jld2(1) bertarikh 22 Ogos 2014. Pelaksanaan penukaran kata laluan Dongle ID telah bermula 9 September 2014 dan telah dimaklumkan melalui emel kepada semua sekolah melalui ID emel sekolah (schoolcode@1bestarinet.yes.my) dan ID Pentadbir Frog VLE Sekolah (vleadmin.schoolcode@yes.my). 

Pentadbir Frog VLE sekolah perlu memaklumkan kepada semua pengguna dongle sekolah berkenaan kata laluan baharu untuk Dongle ID dan tujuan penukaran kata laluan adalah untuk memastikan keselamatan penggunaan Dongle ID.
 
Sekiranya Pentadbir Frog VLE sekolah menghadapi masalah penukaran kata laluan dongle ID, boleh menghubungi Meja Bantuan 1BestariNet di talian 018-7998787 atau emel ke moesupport@ytlcomms.my.

**Dirujuk dari emel PKGBW

Muat Turun Garis Panduan Penukaran Kata Laluan YES Dongle ID :