Masa Tidak Menunggu Kita...

Pages

Tuesday 14 August 2012

FORMAT UNTUK MENGISI STS

Bahagian Teknologi Pendidikan Pulau Pinang telah mengenalpasti ada diantara sekolah mengisi aduan Online STS dengan tidak lengkap. Sehubungan itu, BTPNPP telah memaklumkan kepada PKG untuk mengambil inisiatif membetulkan masalah pengisian STS ini.
PKG Butterworth telah menghantar surat pemberitahuan/peringatan kepada semua sekolah ahli untuk mengisi STS mengikut format yang dikehendaki oleh KPKPM.

Format yang perlu disertakan semasa mengisi STS.
1) Model
2) Tahun Perolehan
3) No.Siri Peralatan
4) No.DHM
5) Tarikh Tamat Waranti
6) Lokasi
7) Masalah
8) Troubleshoot
9) Nama Pelapor
10) No Telefon
11)Jawatan Pelapor


Kegagalan pihak sekolah untuk mengisi STS mengikut format yang diberikan akan menyukarkan proses urusan peruntukan kewangan dan penyelenggaraan ICT.
Oleh itu, PKG Butterworth amat berharap agar pihak sekolah mengambil tindakan dengan membetulkan laporan STS yang sedia ada dan gunakan format apabila membuat laporan baru.
Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment