Masa Tidak Menunggu Kita...

MBMMBI

Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

PELAN INDUK

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

VLE

Virtual Learning Environment | 1BestariNet

NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca

KAMPUS ASTRO

Bersama Komuniti Sekolah

Pages

Tuesday, 14 August 2012

SALAM AIDILFITRI

Sempena Aildilfitri yang menjelang tiba, PKG Butterworth mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.

FORMAT UNTUK MENGISI STS

Bahagian Teknologi Pendidikan Pulau Pinang telah mengenalpasti ada diantara sekolah mengisi aduan Online STS dengan tidak lengkap. Sehubungan itu, BTPNPP telah memaklumkan kepada PKG untuk mengambil inisiatif membetulkan masalah pengisian STS ini.
PKG Butterworth telah menghantar surat pemberitahuan/peringatan kepada semua sekolah ahli untuk mengisi STS mengikut format yang dikehendaki oleh KPKPM.

Format yang perlu disertakan semasa mengisi STS.
1) Model
2) Tahun Perolehan
3) No.Siri Peralatan
4) No.DHM
5) Tarikh Tamat Waranti
6) Lokasi
7) Masalah
8) Troubleshoot
9) Nama Pelapor
10) No Telefon
11)Jawatan Pelapor


Kegagalan pihak sekolah untuk mengisi STS mengikut format yang diberikan akan menyukarkan proses urusan peruntukan kewangan dan penyelenggaraan ICT.
Oleh itu, PKG Butterworth amat berharap agar pihak sekolah mengambil tindakan dengan membetulkan laporan STS yang sedia ada dan gunakan format apabila membuat laporan baru.
Terima Kasih

Monday, 6 August 2012

Update : PENARAFAN SSQS


Update Penarafan SSQS pada 07/08/2012

PKG Butterworth mengucapkan ribuan terima kasih pada sekolah yang telah berjaya menyiapkan Penarafan SSQS ini. Sekolah terbabit adalah :-
  • SK Assumption
  • SK St. Mark
  • SJKC Chung Hwa Pusat
  • SJKC Chung Hwa Caw 1
  • SJKC Chung Hwa Caw 2
  • SJKC Kwang Hwa
  • SMJK Chung Ling Butterworth
  • SMK Bagan Jaya
Pada sekolah yang belum menyiapkan Penarafan SSQS ini, masa masih ada lagi untuk pihak sekolah berbuat demikian. PKG Butterworth berharap agar sekolah terbabit dapatlah menyiapkan Penarafan SSQS ini sebelum tarikh tamat - 17 Ogos 2012.
Terima Kasih.

Sunday, 29 July 2012

PROJEK PENYELENGGARAAN ALATAN ICT 2012 FASA 1

Sukacita dimaklumkan PROJEK PENYELENGGARAAN ICT 2012 FASA 1 akan dijalankan. Sehubungan itu, tiga(3) buah sekolah dibawah PKG Butterworth akan terlibat dengan penyelenggaraan ini.
Sekolah tesebut adalah :
  • SMK Kampung Kastam
  • SK Kuala Perai
  • SK Bagan Tuan Kechil
Sekolah akan diberikan surat Kebenaran Masuk Kawasan Sekolah Bagi Menjalankan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Alatan ICT.

PENARAFAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)

Tarikh penarafan SSQS 2012 adalah seperti berikut :

Mula : 16 Julai 2012
Tamat : 17  Ogos 2012

Sehubungan itu, PKG Butterworth berharap sekolah-sekolah kawasan PKG Butterworth dapat memberi komitmen untuk mengisi Penarafan SSQS ini sebelum tarikh tamat.
Jika terdapat sebarang masalah berkenaan SSQS,
pihak sekolah boleh menelefon PKG Butterworth
di talian 04-3333499.
Terima Kasih
Klik >>> Link SSQS

Thursday, 28 June 2012

Download borang : 
>>> Instrumen Penilaian Pusat Sumber Sekolah



Peringatan Kepada GPM

Anda diminta melengkapkan instrumen ini yang telah disahkan oleh Guru Besar / Pengetua dan diserahkan selewat-lewatnya pada :

Tarikh     : 9 Ogos 2012 ( Khamis )
Masa      : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat   : Pusat Kegiatan Guru Butterworth
                d / a Sek Keb Mak Mandin, 
           Tingkat 2 Mak Mandin,
           13400 Butterworth
Segala kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih

Muhammad Redza Tajuddin
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Butterworth

Tuesday, 7 February 2012

PERINGATAN : Pengisian Sistem Maklumat GPM/GPB

Untuk makluman sekolah, Sistem Maklumat GPM/GPB ini masih belum diisi sepenuhnya oleh guru-guru yang terlibat. Di sini pihak PKG Butterworth akan memberi senarai semak untuk menyenaraikan sekolah yang telah mengisi sistem maklumat dan sekolah yang masih belum isi.


Sekolah yang telah berjaya mengisi maklumat GPM/GPB :
- SMK MAK MANDIN
- SMK CONVENT BUTTERWORTH
- MAKTAB WAN JAH
- SMK BAGAN JAYA
- SMJK CHUNG LING BUTTERWORTH
- SK ST MARK (M)
- SJK(C) CHUNG HWA 1
- SJK(C) CHUNG HWA PUSAT
- SK BAGAN TUAN KECHIL
- SJK(C) MAK MANDIN
- SJK(C) KWANG HWA
- SK  ASSUMPTION

Sekolah yang masih belum mengisi maklumat GPM/GPB :
- SMK KAMPONG KASTAM
- SK KUALA PERAI
- SJK(C) CHUNG HWA 2
- SK CONVENT BUTTERWORTH
- SK MAK MANDIN
- SK SUNGAI NYIOR

Sehubungan itu, sekolah yang masih belum mengisi maklumat GPM/GPB diminta mengisi maklumat tersebut melalui Link yang disediakan :


Maklumat tersebut perlulah diisi sebelum 10 Februari 2012. Bagi sekolah yang telah mengisi maklumat tersebut ribuan terima kasih diucapkan. Sebarang masalah tentang pengisian data tersebut bolehlah menghubungi PKG Butterworth. Terima kasih.